Feeds:
Kiriman
Komentar

 

Perkataan Islam berasal daripada perkataan al-Salam yang membawa maksud kedamaian, olehitu Islam dan Salam adalah berpunca daripada perkataan yang satu. Tidak dikatakan Islam melainkan ia menunduk hatinya, ruhnya dan pancainderanya kepada sistem yang benar dan baik. Sementara penyerahan seorang muslim kepada Pemilik dan Penguasa di dalam segala urusan samaada di dunia maupun di akhirat, bagi Allah sebagai Raab iaitu Pemilik dan Pentadbir bagi seluruh alam.

Di antara nama-nama Allah s.w.t juga al-Salam, seperti di dalam firman Allah s.w.t:

{هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ }الحشر23

Maksudnya: Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai sekalian alam, Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera dari segala kekurangan, Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal serta Pengawas yang luas, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Kuat menundukkan segala-galanya, Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah s.w.t dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dialah Allah sembahan yang sebenar-benarnya. Yang tiada sembahan-sembahan yang benar melainkan Dia. Dialah Pemilik bagi segala-segalanya. Dia Pengatur bagi segalanya dan tiada sesiapa yang boleh menghalangnya dan mendesaknya, Dia juga yang bersih daripada sebarang kekurangan, selamat daripada sebarang keaiban, membenarkan segala para rasulNya dan nabi-nabiNya dengan segala apa yang di utuskan melalui mereka yang terdiri daripada ayat-ayat Allah yang jelas dan nyata, Dia juga memerhati dan memantau segala amal-amal makhlukNya, Dia juga yang gagah perkasa dan tiada sesiapa yang dapat mengalahnya, Dia juga Maha Keras yang memaksa seluruh hambaNya, seluruh makhluk tunduk kepadaNya, Dia juga Maha Agong dan Memiliki segala kebesaran dan bersih Ia daripada segala sekutu-sekutu dari kalangan hamba-hambaNya.

Olehitu lahirlah nama-nama di kalangan muslimin dengan nama Abdul Salam, kebiasaan ini hanyalah ada pada umat Islam, tidak berlaku kepada selain mereka. 

Demikian juga lahirnya ucapan di kalangan muslimin ketika bertemu sesama mereka: “Assalamualaikom warahmatullah”. Ia juga ucapan setiap muslim kepada nabinya semasa di dalam sembahyang: “Assalamualaika aiyuhannabi warahmatullah wabaarajatuh”. Begitulah juga dengan ucapan muslim untuk saudara muslimnya di dunia dengan kebaikan kemudian diteruskan lagi di dalam sembahyangnya juga dengan ucapan: “Assalamualainaa wa’ala I’baadillahi al-Solihin”. Sesudah itu juga, sebelum memberi salam sekali lagi ia tetap dengan ucapan: Assalamualaikom Warahmatullah Wabarakaatuh”. Sebaik sahaja selesai sembahyang ada lagi ucapannya: Allahumma anta al-Salam waminka al-Salam” sebagai wirid selepas solat.

Bagi mereka yang pernah ke Mekah dan Madinah juga akan mendapati di sana, terdapat satu pintu Masjid Nabawi dan juga satu pintu Masjid al-Haram juga di namakan dengan: ” Bab As-Salam”. Terdapat juga Negeri Syurga yang panggil dengan nama Darul as-Salam seperti yang Allah telah namakan ia di dalam firmanNya:

{لَهُمْ دَارُ السَّلاَمِ عِندَ رَبِّهِمْ وَهُوَ وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ }الأنعام127

Maksudnya: Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka dan Dia lah Penolong mereka disebabkan amal-amal baik yang mereka telah kerjakan.

Untuk mereka yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t, pada hari qiamat nanti mereka akan memperolehi negeri  yang aman damai dan sejahtera daripada sebarang perkara yang tidak disukai, ia adalah Syurga, Dia Alllah yang akan membela mereka, menjaga mereka dan menganjari mereka di sebabkan amalan-amalan baik mereka di dunia.

Sesudah itu juga ucapan sesama mereka di dalam Syurga Allah juga dengan ucapan yang mulia ini:

{دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ }يونس10

Maksudnya: Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!

Seruan-seruan mereka di dalam Syurga tasbih dengan ucapan Subhanaka Allahumma, demikian juga ucapan Allah dan para malaikat kepada mereka dan termasuk juga ucapan sesama mereka di dalam Syurga: Salam dan diakhir kata-kata mereka: “Alhamdulillahin Rabbil ‘alaamin”, iaitu syukur dan pujian-pujian bagi Allah s.w.t, Pencipta bagi segala makhluk dan Pemberi segala nikmat kepada mereka.

{وَأُدْخِلَ الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ }إبراهيم23

Maksudnya: Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka, ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.

Di masukkan mereka yang membenarkan Allah dan RasulNya serta beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya pokok-pokoknya dan istana-istananya, sungai-sungai, tambah lagi ia tidak akan dikeluarkan daripadanya buat selama-selama. Semuanya itu adalah dengan izin Tuhan mereka dan apa yang ada di sekeliling mereka, diucapkan di dalamnya dengan ucapan Salam daripada Allah s.w.t, malaikat dan orang yang beriman.

Sesiapa yang membaca dan meneliti ayat-ayat al-Quran al-Karim ia akan menemui lafaz al-Salam dan lafaz yang terhasil daripadanya lebih dari 133 ayat, sedangkan lafaz perang ” al-Harb” di dalam al-Quran hanyalah 6 ayat sahaja. Olehitu bolehlah kita katakan bahawa fikrah  “al-Salam” telah menguasai kedudukan utama di dalam sasaran umum Islam, malah al-Quran juga secara terang menjelaskan bahawa hasil yang diharap-harapkan bagi sesaipa yang mengikut Islam ialah menunjuk kepada jalan kedamaian dan cahaya. Bacalah firman Allah ini:

قَدْ جَاءكُم مِّنَ اللّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ{15} يَهْدِي بِهِ اللّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلاَمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنِ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ{16} سورة المائدة

Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah s.w.t dan sebuah Kitab iaitu Al-Quran yang jelas nyata keterangannya. Dengan Al-Quran itu Allah s.w.t menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya itu juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

Oleh kerana itu Islam telah meletakan al-Salam merupakan  suatu yang tetap dan hendaklah dijadikan perkara asas di dalam Islam.

 

 

Sebenarnya kebanyakan orang ramai bercampur-aduk di antara  menegah mungkar dengan melakukan perubahan terhadap kemungkaran, akan tetapi kedua-dua pekerjaan ini adalah berbeza sama sekali. Di antara perbezaan yang terpenting  bagi saya ialah:

  1. Sesungguhnya merubah kemungkaran pada hakikatnya ialah menghapus zat mungkar tersebut seperti menyekat majlis-majlis meminum minuman keras atau memusnahkan arak atau memusnahkan peralatan untuk berjudi. Sementara menegah mungkar ialah memberi nasihat atau memberi teguran atau memberi amaran atau memberi ancaman. Kadang-kadang ianya berlaku ketika kita dalam keadaan lemah untuk membuat perubahan yang sepatutnya, maka ia juga di anggapkan seakan-akan melakukan perubahan.
  2. Sesungguhnya merubah kemungkaran adalah semasa kemungkaran sedang berlakunya dan benar-benar berlaku sahaja. Sementara melarang atau menegah daripada kemungkaran pula adalah sebelum dan semasa kemungkaran berlaku. Selepas berlaku tidak di ambil kira.
  3. Sesungguhnya merubah kemungkaran memerlukan kuasa dan kemampuan yang khas bagi menghilangkannya secara yang berkesan. Sementara menegah atau melarang dari kemungkaran mengikut kemampuan setiap insan dengan penuh hikmah, bijaksana dan contoh tauladan yang baik.
  4. Merubah kemungkaran adalah fardhu kifayah keatas ummah, tetapi ia menjadi fardhu ain keatas sesiapa yang mengetahuinya dan berkemampuan terlebih dahulu. Sementara menegah atau melarang dari kemungkaran merupakan fardhu ain keatas setiap muslim di dalam setiap hal keadaan mengikut kemampuannya.

1.    Sunnah adalah gandingan bagi al-Quran:

Ini adalah kerana ia juga dinamakan wahyu sepertimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Najm:3-4 dan juga surah al-Syuraa ayat 52:

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى{3} إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى{4}سورة النجم

Maksudnya: [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. [4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.(Surah al-Najm)

 

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِن جَعَلْنَاهُ نُوراً نَّهْدِي بِهِ مَنْ نَّشَاء مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ{52}سورة الشورى

Maksudnya: [52] Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus. (Surah Syuraa)

Ini adalah kerana Allah s.w.t memerintah supaya mentaati rasulNya berasingan, demikian juga perintah mentaatiNya secara berasingan.

Ini adalah kerana rasulullah s.a.w telah menganggapkan sunnahnya juga seperti al-Quran ” bukankah kepadaku didatangkan al-Quran dan seumpamanya bersama-sama al-Quran”.

Ini adalah kerana beramal dengan al-Quran tidak terlaksana tanpa beramal dengan al-Sunnah, kerana sunnah adalah penjelasan kepada setiap yang ringkas di dalam al-Quran atau pengikat kepada sesuatu yang umum di dalam al-Quran atau pengkhususan kepada sesuatu yang am di dalam al-Quran.

2.    Menjadi kafir sesiapa yang mengengkari sunnah dan engkar untuk beramal dengannya:

Sesiapa yang menentang sunnah atau mengengkarinya adalah seperti ia menentang al-Quran dan juga mengengkari al-sunnah… akibatnya, ia  menjadi kafir.. kafir .. kafir yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi perselisihan mengenai “hujjiah hadis” iaitu menjadikan hadis sebagai hujjah syarak atau jenis-jenis hadis seperti hadis ahad di dalam bab aqidah adalah sesuatu yang lain. Sememangnya telah berlaku pada zaman salaf soleh lagi, tetapi mereka tidak mempertikaikan dan tidak pula berlaku tuduhmenuduh sesama mereka.

3.   Sunnah merangkumi kata-kata, perbuatan dan pengakuan Rasulullah s.a.w : kesemuanya bergantung kepada darjat kedudukan masing-masing yang menjadi perbahasan di kalangan ulama hadis.

4.    Hadis ahad digunapakai sekalipun di dalam bidang aqidah:

Telah ada kesepakatan di kalangan para imam bahawa hadis ahad tetap menjadi hujjah di dalam persoalan bukan aqidah. Namun dalam soal aqidah, sebahagian ulama telah meletakkan syarat-syaratnya.

5.    Perbuatan nabi s.a.w adalah sebagai Qadhi dan Imam: ia di gunapakai di dalam penurunan hukum berdasarkan apa yang berlaku.

Seperti perbuatan nabi menghukum wanita yang telah berkahwin secara sah ( muhson) kemudian ia melakukan berzina dengan hukuman rejam dengan anak-anak batu. Ia terus digunakan sebagai sebahagian daripada sunnah, kerana terdapat padanya hukum syarak.

Di dalam hadis yang mulia;

  1. “Umpama orang mukmin saperti batang padi/gandum yang lembut, boleh melentur apabila dia ditiup angin dan lurus semula saperti sediakala”
  2. “Umpama orang mukmin seperti tangkai padi/gandum ,ia  lurus pada suatu ketika dan boleh tunduk pada suatu ketika yang lain”  Maka mukmin  akan terdedah kepada bahaya dan ujian, wabak dan penyakit, dukacita dan kerumitan, semua ini boleh menghapuskan dosa-dosanya dan mengangkat darjatnya  sehingga keakhir hayatnya.
  3. Daripada Abdullah bin Umar,dia berkata: pada suatu ketika kami berada di sisi rasulullah s.a.w , lalu nabi bersabda: ” beritahu kepadaku sepohon pokok seumpama seorang lelaki muslim, yang tidak gugur daunnya dan memberi manusia makan dari masa ke masa. Lalu berbisiklah  Ibnu Umar di dalam hatinya, itulah pokok kurma. Semasa itu aku dapati Abu Bakar dan Omar tidak berkata apa-apa pun.  Maka dengan itu aku pun berkeberatan untuk bercakap dalam perkara itu. Lalu berkatalah Omar: Apa yang kamu kata itu adalah amat aku sukai!!.
  4. ” Perumpamaan seorang mukmin seperti sepohon pokok kurma: apa yang saja yang kamu ambil darinya akan memberi menafaat dan faedah kepada kamu”. At-thabarani.
  5. “Perumpamaan orang mukminin di dalam kasih-sayang, rahmah merahmati dan saling bersimpati seperti satu tubuhbadan, apabila satu anggota mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain akan turut merasai dan turut berjaga malam dan demam”. Bukhari dan Muslim .  ” Orang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti suatu binaan, yang saling bergantung di antara satu sama lain”. Berkata kepada para ulamak: permisalan di atas menunjukkan betapa pentingnya sifat tolong menolong, bekerjasama dan bela membela sesama mereka. Semua ini merupakan perkara yang penting dan perlu diberi tumpuan. Maka sesuatu binaan tidak akan terbina , tanpa adanya sifat saling bekerjasama dan saling kuat menguat di antara mereka. Tanpa kerjasama dan bantu membantu maka binaan itu akan tumbang dan hancur. Begitu juga sesama mukmin, tidak boleh terasing dari saudaranya samaada dalam urusan dunia mauhu pun urusan berkaitan akhirat.

Kewujudan Allah:

1. Setiap apa yang ada dalam alam adalah menjadi saksi terhadap kewujudan Allah. Unsur kewujudan dan perkara tabei memperkukuhkan lagi bahawa bagi semua ini adanya pencipta  dan Pentadbir yang Maha Bijaksana. Kitab suci Al-quran banyak sekali membawa kita merenung dan menumpukan pemikiran kita kepada hakikat ini:

إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ{3} وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ{4} وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن رِّزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ{5}سورة الجاثية

 

Maksudnya: Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.(3) Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.(4) Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.(5) Surah al-Jasiah.

 

2. Pada diri manusia sendiri sudah tertanam pada sanubari mereka perasaan wujudnya Allah. Ia merupakan perasaan fitrah yang telah di tentukan oleh Allah. Para ulamak telah menamakan dengan keinginan kepada agama.

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ{30}سورة الروم

 

Maksudnya: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah al-Rum:30)

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ{172} أَوْ تَقُولُواْ إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ{173} وَكَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ وَلَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ{174}سورة الأعراف

Maksudnya: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.(172) Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?”(173) Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).(174) (Surah al-A’raff)

أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ{35} أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بَل لَّا يُوقِنُونَ{36}سورة الطور

Maksudnya: (Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35) Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) (Surah al-Thur)

Di dalam hadis sahih: ” Setiap anak dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang putih bersih

Perasaan dan jiwa sedemikian akan bangkit dan sedar ketika berlaku sesuatu  perkara yang menyakitkan dan ditimpa kemudaratan.

وَإِذَا مَسَّ الإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِداً أَوْ قَآئِماً فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ{12}سورة يونس

Maksudnya: Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan. (Surah Yunus:12)

 

3. Kewujudan Ilahi sebenarnya sudah terserlah di sebalik kejadian alam sejagat ini, pada tabiat, pada setiap perkara berlaku dan pada diri manusia itu sendiri. Dia adalah dekat kepada manusia, malah lebih dekat dari diri manusia itu sendiri, Dia sering mendengar doa manusia, menyahut seruan manusia dan melaksanakan hasrat keinginan manusia.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ{186}سورة البقرة

Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Surah al-Baqarah:176)

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ{16}سورة ق

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (surah Qaf:16)

Ibadat Yang Hilang

Manusia selalunya akan berusaha mencari sesuatu yang hilang, sekalipun ia berada di dasar lautan mereka akan menyelam, jika berada di dalam perut bumi sekalipun,  mereka akan menggalinya. Tiada ada tujuan yang lain, hanya untuk mencatat sebagai orang yang pertama atau orang yang menemui sesuatu yang berharga atau memperolehi keuntungan kebendaan yang sementara di dunia ini. Setiap manusia akan mencari apa yang dia inginkan dan apa yang menjadi matlamatnya. Bagi manusia yang menyelam kedasar laut sekalipun dalam,  akan memperolehi batu-batu mutiara, bagi yang menggali tanah pula sudah tentu akan memperolehi emas, perak dan lain sumber galian yang amat berharga. Maka sesungguhnya bagi para (du’aat) pendakwah kepada Allah s.w.t dan anggota-anggota gerakan Islam sudah tentulah mereka berusaha mencari ganjaran pahala dan apa sahaja yang boleh memberatkan timbangan amalan mereka nanti bagi kehidupan abadi nanti.

Olehitu catatan ini ingin mengali  (usul) iaitu perkara pokok yang mengikat hamba-hamba al-Rahman, pengikat tali keimanan dan yang menghimpun hati-hati muslimin di atas kebenaran. Perkara seumpama telah menimbulkan rasa cemburu kepada golongan yang mengikut hawanafsu dan pengikut setia syaitan.

Sesungguhnya ‘usul persaudaraan kerana Allah’ ialah kerana ia merupakan suatu ibadat yang besar, kedudukannya adalah sentiasa bersama-sama al-iman di dalam pembinaan Islami. Olehitu ia memberi suatu kekuatan, kecekalan dan nafas panjang bagi  anggotanya berperanan  di dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, ia mempunyai ikatan di antara mereka yang telah berlalu masa, kini dan akan datang. Lihatlah firman Allah Azzawajlla ini:

وَالَّذِينَ جَاؤُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ{10}سورة الحشر

 

Maksudnya: [10] Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu. )Surah al-Hars:10)

Ukhuwah adalah Ibadat

Bagi mereka yang membuka lembaran-lembaran Syariat tentu mereka akan mendapati bahawa Allah Azzawajalla telah menyebut mengenai ganjaranNya kepada mukminin yang melaksanakan ibadat kepadaNya. Maklumat itu bagi mengerakkan hamba-hambaNya bagi melaksananya dan bersegera menyelesaikan taklif ( tanggunjawab) tersebut.

Lihatlah kepada ibadat puasa “Sesungguhnya puasa untukKu dan Aku akan menganjarinya …” demikian juga ibadat haji ” Sesiapa menunaikan haji tanpa melakukan larangan dan tegahannya dan pulang seperti anak yang baru dilahirkan”. Demikian juga solat jumaat ” jumaat ke jumaat menjadi penghapus dosa di antara keduanya”. Begitu jugalah ibadat yang sedang kita membicaranya sekarang ” Ukhuwah” kami mendapatinya juga ganjaran yang besar juga disediakan Allah untuk hamba-hambaNya:

1.     Jalan bagi memperolehi naugan dan lindungan Allah s.w.t 

Di dalam hadis  Abu Hurairah r.d ” Tujuh golongan akan memperolehi naugan Allah s.w.t pada hari yang tiada naugan melainkan nauganNya sahaja” disebut di antaranya ialah dua lelaki yang berkasihsayang kerana Allah s.w.t,mereka bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t.

“ورجلان تحابا في الله اجتمعا على ذلك وتفرقا عليه”

2.     Jalan memperolehi iman dan memasuki syurga:

Di dalam hadis Muslim daripada Abu Hurairah r.d: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Demi diriku di tanganNya! Tidak akan masuk Syurga sehinggalah mereka beriman dan tidak beriman sehinggalah mereka berkasihsayang”.

“لا تدخلوا الجنة حتي تؤمنوا ، ولا تؤمنوا حتى تحابوا

3.     Jalan memperolehi darjat yang tinggi di akhirat

Daripada Abu Muslim al-Khaulaani, Muaz bin Jabal telah memberitahuku bahawa nabi telah bersabda: ” Allah telah berfirman: Orang yang berkasihsayang kerana kebesaranKu,bagi mereka adalah mimbar-mimbar daripada cahaya, dicemburui oleh para nabi-nabi dan para syuhada”. (Hadis Hasan)

4.     Harga untuk memperolehi kemanisan iman

Rasulullah telah bersabda: ” Tidak  akan mendapati seseorang kamu kemanisan iman, sehinggalah ia menyayangi saudaranya bukan kerana sesuatu melainkan kerana Allah Azzawajalla”. – Bukhari , Muslim dan Baihaqi.

Daripada Anas bin Malek: Nabi s.a.w bersabda: Tiga – sesiapa diantara kamu mendapatinya akan merasai makanan iman ( kemanisan iman); Sesiapa yang mengasihi seseorang – tidak mengasihinya melainkan kerana Allah Azzawajalla, sesiapa yang lebih mengasihi Allah dan RasulNya daripada lain-lain dan sesiapa yang lebih suka ia dicampak kedalam neraka daripada ia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatnya daripada api neraka”. (Sunan Ibnu Majah)

5.     Jalan memperolehi kasihsayang Allah s.w.t

Daripada Abu Hurairah, daripada nabi s.a.w : Bahawa sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di suatu kampung yang lain. Lalu Allah mengutuskan kepada malaikat bagi melihatnya! Setelah tiba kepadanya lalu malaikat bertanya: kemanakah kamu mahu pergi? Jawab lelaki itu: aku mahu menziarahi saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya lagi: adakah kamu mahu sesuatu faedah daripadanya? Jawab lelaki itu: tidak ada lain, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Azzawajalla. Berkata malaikat kepadanya: sesunngguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu, sesungguhnya Allah menyayangi kamu sepertimana kamu menyayangi saudara kamu kerana Allah” – Hadis Muslim.

Lihat ganjaran bagi mukmin yang berpuasa! Hadis daripada Abi Said al-Khudry r.d. bahawa Rasulullah telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah akan dijauhkan ia daripada api neraka selama tujuhpuluh musim”.  Semua itu adalah kerana kesabarannya menahan diri dari syahwat makan, minum dan lain-lain bagi sehari suntuk. Bagaimana pula bagi mereka yang bersabar dengan saudara mereka di dalam lapangan dakwah? Tetapi malangnya ada di antara mereka yang mengaku dirinya ikhwan yang mengatakan: Kami sudah tak sabar lagi dengan sikap sesama mereka! Maka timbullah berbagai tohmahan yang akan membawa kepada perpecahan. Lahirlah perasaan benci sesama mereka, malah kalau di perhatikan keadaan mereka seakan-akan parti politik yang masing-masing ada kepentingan yang mahu diraih.   Olehitu berhentilah daripada keadaan yang tidak membawa apa-apa kebaikan di dunia dan juga di akhirat!  

{وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطاً }الكهف28

Maksudnya: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. ( Surah al-Kahfi:28)

 

Amat tidak setuju

Bersetuju

Amat bersetuju

Soalan

Bil

 

 

 

 

Saya merasai roh ukhuwah berkurangan daripada sebelum ini.

1

 

 

 

 

Saya merasai hubungan ukhuwah di kalangan para duat telah menjadi sekadar hubungan pengurusan.

2

 

 

 

 

Saya sama-sama membantu ikhwah apabila mereka di dalam kesempitan.

3

 

 

 

 

Saya merasai sedikit kekeringan (gersang) di dalam berurusan sesama ikhwah.

4

 

 

 

 

Saya amat perihatin menziarahi pesakit dan memberi takziah ketika mereka ditimpa musibah. 

5

 

 

 

 

Saya sentiasa menghubungi mereka melalui talipon atau ziarah.

6

 

 

 

 

Saya bersegera membantu saudara saya apabila mereka memerlukan bantuan.

7

 

 

 

 

Saya amat mengerti makna ukhuwah dan tuntutannya kepada saya.

8

 

 

 

 

Saya selalu cuba mempraktiskan kewajipan ukhuwah di dalam kehidupan saya.

9

 

 

 

 

Saya amat sentiasa berdoa kepada saudara saya tanpa pengetahuan mereka (zahral ghaib).

10

 

 

 

 

Saya akan mencari apabila saudara saya,apabila ketiadaannya.

11

 

 

 

 

Saya selalu memberitahu ikhwah saya amat menyayangi mereka.

12

 

 

 

 

Saya amat mengenali ahli keluarganya.

13

 

 

 

 

 

 

Ingatlah bahawa: Ukhuwah adalah Ibadat

Sebab-sebab berkurangannya roh ukhuwah mengikut pemerhatian  saya: …………………………………….

Terdapat beberapa seruan dan mazhab pemikiran pada zaman al-Imam al-Banna, di antaranya seruan wataniah (kebangsaan), asobiah kaum arab dan lain-lain lagi yang menyebabkan berlakunya perpecahan hati, akal dan fikiran.

Hasan al-Banna tidak membiarkan seruan-seruan ini dan persoalan pokok berlalu begitu sahaja, malah beliau telah memberi beberapa pendirian bagi menjelaskan fikrahnya dan menimbangnya mengikut neraca Islam yang tertegaknya dakwah al-Ikhwan al-Muslimin dan beliau juga menjelaskan pendirian al-Jamaah al-ikhwan terhadap fahaman kebangsaan dan bangsa arab (asobiah).

 Al-Banna telah menjelaskan di dalam risalahnya (dakwatuna) ketika ia berkata: Pendirian kita terhadap seruan-seruan yang berbagai-bagai, lagi melampau pada waktu ini telah menyebabkan perpecahan hati dan kekicuhan pemikiran, hendaklah ditimbang mengikut neraca dakwah kita iaitu Islam, apa-apa yang ada persamaan maka kita alu-alukan dan apa-apa yang menyalahinya kami bersih daripadanya, kita yakin dan percaya bahawa dakwah kita adalah menyeluruh dan meliputi perbagai bidang, tidak tertinggal sesuatu pun daripada bidang-bidang yang baik untuk dakwah, melainkan saya telah perhalusinya dan saya mengemukannya.

Di antara seruan-seruan ini yang telah menimbulkan fitnah kepada orangramai ialah  seruan kebangsaan, maka al-Imam al-Banna telah mengemukakan persoalan kepada pendukung-pendukung kebangsaan mengenai tujuan (maqasid) perjuangan mereka. Lalu beliau menyampaikan dengan ringkas erti al-wataniah atau kebangsaan, kemudian beliau menjelaskan pendirian al-Ikhwan terhadap fahaman kebangsaan dan menyingkap beberapa noktah perbezaan kepada perkara pokok di antara  wataniah di sisi al-Ikhwan al-Muslimin dan mafhum wataniah pada pendukungnya dan mereka yang mendakwa berfahaman tersebut.

Al-Imam al-Syahid sepertimana beliau mempraktiskan sesama al-Ikhwan, maka beliau juga cuba mempraktiskan di dalam fahaman wataniah dengan makna yang lebih luas dan menyeluruh.

 

Kebangsaan menurut pejuang dan pendukungnya:

Al-Banna menguatkan bahawa seruan al-wataniah telah muncul di kalangan rakyat-rakyat berbangsa arab, sebagai tindakbalas keatas kezaliman penjajahan dan penguasaan barat dengan segala kekuatannya menindas, terhadap bumi kepunyaan bangsa arab. Kemunculan seruan kebangssan arab boleh dilihat dengan jelas kepada ucapan-ucapan para pemimpin dan penulisan para penulis. Menerusi dakwat pena dan lidah-lidah di membangkitkan semangat kearah kebangkitan yang membakar perasaan para penduduk.

 

Makna Kebangsaan;

Al-Imam al-Banna berpandangan bahawa wataniah (kebangsaan) dengan maknanya yang menyeluruh lagi luas, meliputi  banyak makna. Maka ia adalah:

  1. Wataniah al-Haniin ( Kebangsaan kasih dan cinta)
  2. Wataniah al-Hurriah dan al-Izzah (Kebangsaan yang bebas dan merdeka)
  3. Wataniah mujtamak (Kebangsaan masyarakat)
  4. Wataniah al-Fath (Kebangsaan Pembukaan)

                                               

Kebangsaan kasih sayang

Al-Banna mengemukakan perbicaraannya kepada pejuang kebangsaan, jika sekiranya mereka bermaksud dengan kebangsaan itu ialah perasaan cinta dan sayang kepada tanahair, maka ia adalah suatu yang terpuji dan tiada sebarang kesamaran lagi. Malah sesungguhnya Islam telah pun memerintah supaya cinta dan kasih kepada tanahair. Beliau telah mengemukakan dalil sebagai penghujjahannya, bahawa Bilal bin Rabah r.d telah berseru dengan setinggi ayat cinta dan sayangnya kepada tanahairnya Mekah, sedangkan dia berada di Madinah pada ketika itu. Nabi s.a.w sendiri tidak mengengkari perbuatan Bilal  r.d itu.

 

Wataniah (kebangsaan) yang bebas merdeka dan mempunyai kedaulatan

Ertinya ialah mengorbankan usaha yang bersungguh-sungguh bagi membebaskan tanahair dari penjajah dan berusaha bagi memperolehi kemerdekaannya, menyuburkan rasa kasih dan cinta kepada tanahair, kedaulatan dan bebas di dalam diri warganya. Pengertian yang sedemikian juga tidak bertentangan dengan asas-asas Islam yang menguatkan kehormatan orang Islam dan kemuliaan mereka bertitik-tolak kepada firman Allah s.w.t:

Yang maksudnya: Bagi Allah kemuliaan dan bagi rasulNya dan bagi orang yang beriman, akan tetapi orang munafiq tidak mengetahui.( surah munafiqun:8)

 

 

Wattaniah Masyarakat:

Memperkuatkan ikatan di antara individu di tanahair yang satu merupakan sebahagian daripada perkara prinsip atau asas Islam. Maka Rasulullah telah memerintahkan orang-orang Islam di dalam hadisnya: “Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara”.

 

Wataniah al-Fath:

Pembukaan negeri dan kedaulatan tanahair adalah suatu pembukaan yang teragong dan teramat banyak keberkatan:

Allah berfirman yang maksudnya: “Perangilah mereka sehingga tidak timbul lagi fitnah kepada orang beriman, dan jadikan agama hanya milik Allah”. (Surah al-Baqarah:193)

Kesemua penjelasan yang lepas menguatkan bahawa Islam amat menepati dengan wataniah (kebangsaan). Di dalam unggapan yang lain, sesungguhnya wataniah (kebangsaan) tidak terkeluar daripada sebahagian daripada ajaran Islam.

 

Di antara al-Banna dan pendukung kebangsaan ( wataniah)

 

Perbezaan asasi di antara al-Banna dengan  pendukung kebangssan berpusat kepada perkara asas iaitu:

  1. 1.    Batas sempadan kebangsaan:

Sesungguhnya kebangsaan pada pandangan al-Banna tidak mengiktiraf sempadan yang berdasarkan geografi, sebaliknya ia bersandarkan kepada aqidah. Olehitu ia beranggapan mana-mana bumi dari kalangan bumi Islam adalah watan bagi seluruh muslimin, maka berkewajipan keatas mereka untuk memelihara kesuciannya, mencintainya dan berjihad di atas jalannya. Semua ini adalah kerana seluruh orang-orang Islam (muslimin) adalah bersaudara di atas agama Islam. Di antara hasil persaudaraan ini ialah luasnya pengertian fahaman kebangsaan yang meliputi asas-asas yang tinggi kedudukannya. Sedangkan bagi pendukung kebangsaan pula beranggapan batas-batas sempadan hanya terhad kepada sempadan geografi, maka tidak ada halangan untuk kamu menguatkan negara sekalipun berdasarkan perkiraan negara muslimah yang lain.

  1. 2.    Matlamat kebangsaan:

Sesungguhnya matlamat pejuang-pejuang kebangsaan ialah membebaskan negeri mereka daripada cengkaman penjajahan kemudian mengukuhkan negara mereka sebagai negara yang berdasarkan kebendaan. Sedangkan matlamat kebangsaan (wataniah) pada pandangan Imam al-Banna ialah memberi hidayah kepada umat manusia dengan cahaya Allah. Dia menjadikan tugas ini sebagai amanah keatas tengkok orang-orang Islam untuk bekorban deminya, tanpa menunggu balasan samaada harta atau glamour atau kekuasaan. Lantaran itu seorang muslim pastilah ia menjadi orang paling mendalam fahaman kebangsaan kerana sememangnya ia difardhu keatasnya oleh Tuhan sekelian alam. (Rabbul alamin)

Tabiat fikrah kita

Wahai al-ikhwan al-muslimun!

Malah wahai manusia seluruhnya!

Kita bukanlah parti politik, sekalipun politik yang berasakan kaedah-kaedah Islam merupakan tonggak kepada fikrah kita. Kita bukanlah persatuan kebajikan islahiah (pemulihan), sekalipun amal kebajikan dan islah adalah di antara tujuan (maqasid) agong kita. Kita bukanlah kelab kesukanan (riadah), sekalipun riadah tubuhbadan dan ruhiah juga di antara jalan-jalan terpenting kita. Kita bukanlah sesuatu dari segala penbentukan semua ini, maka sesungguhnya kesemua ini diwujudkan dengan matlamat tertentu, terbatas bagi tempoh yang telah ditentukan. Kadang-kadang timbul idea bagi membentuknya kerana ingin membentuk pertubuhan semata-mata dan kadang-kadang kerana ingin mendapat gelaran pangkat di dalam carta pentadbiran di dalamnya.

Akan tetapi kami wahai seluruh manusia! Fikrah dan aqidah, sistem dan manhaj, tidak ditentukan tempat, tidak terikat dengan sesuatu bangsa, tidak terhenti dengan wujudnya sempadan geografi, tidak berakhir dengan apa-apa perkara yang berlaku, sehinggalah Allah mewariskan bumi ini dan sesiapa yang ada diatasnya. Semua itu adalah kerana ia adalah sistem Pencipta seluruh alam dan manhaj RasulNya al-Amin.

Kami wahai seluruh manusia! Tidaklah sehebatnya para sahabat Rasulullah s.a.w , kami juga pembawa panjinya daripada mereka yang selepasnya (Rasulullah)  ,  mereka selepasnya telah mengangkat panjinya (Rasulullah)  sepertimana dia (Rasulullah)  mengangkatnya, mereka menyebarnya sepertimana dia (Rasulullah)  menyebarnya, mereka menghafaz atau menjaga al-Quran sepertimana dia (Rasulullah)  menghafaznya atau menjaganya, mereka membawa berita gembira dengan dakwahnya seperti  dia membawa berita gembira dan rahmat Allah untuk seluruh alam[1]:

 


[1] Al-Ikhwan al-Muslimun di bawah panji al-Quran: Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.

Apakah sumbangan alIkhwan kepada Delta Nil, Negara-Negara Arab dan Dunia Islam?

Fikrah baru dan perasaan (emosi) baru

“Supaya kita dapat mendekati gambaran umum dan memahami lebih mendalam tahap kerugian yang teramat besar bagi negara dan umat Islam jika  terganggu atau terhentinya aktiviti dakwah al-Ikhwan al-Muslimin, sekalipun pada pandangan umum ia hanya kerugian yang sedikit sahaja daripada kesan jihad al-ikhwan sepanjang duapuluh tahun…”[1]

Al-ikhwan al-Muslimun  telah mengiklankan kepada manusia sejagat bahawa Islam adalah peraturan kemasyarakatan yang lengkap, justeru itu ia bukan sekadar agama seperti yang ditentukan oleh sistem Eropah ke dalam pemikiran manusia yang membataskan agama hanyalah di gereja-gereja, rumah ibadat dan tempat-tempat yang memencilkan diri sahaja. Akan tetapi Islam adalah agama dan negara, sistem yang lengkap untuk kehidupan, ia merangkumi semua perkara di dalam masyarakat yang beriman dengannya dan mengambilnya  sebagai pertunjuk. Kesemua ini bukanlah suatu fikrah yang baru sebenarnya, kerana ia adalah tabiat  Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. daripada Allah azzawajalla. Maka Rasulullah s.a.w telah membangunkan dunia, menghidupkan ummah, mendirikan negara dan mengasaskan tamadun yang mengadunkan tamadun terdahulu  dengan tamadun berikutnya. Yang baru ialah menghidupkan semula Islam di dalam jiwa manusia dan membawa manusia melihat semula kepada Islam agama milik Allah Azzawajalla, setelah hampir menjadi bahan sejarah dan benda yang ditinggalkan lantaran penguasaan ilmu barat dan tipu-daya yang diimpot dari sistem mereka serta seruan pembaharuan dan mereka telah menanamnya di dalam otak dan dasar-dasar yang memisahkan agama (Islam) dan dunia di dalam pelbagai bidang kemasyarakatan.  

Generasi Baru

Tidak syak lagi bahawa dakwah al-Ikhwan telah membina generasi baru dari kalangan umat manusia   yang hidup dengan fikrah dan bekerja bagi mncapai matlamat mereka, berjuang pada jalan aqidahnya, memberi sumbangan bukan mengambil kesempatan faedah yang sementara, beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat, berpegang kuat dengan segala kebaikan dan akhlak mulia, sedia menyumbang, berkhidmat dan berkorban pada jalan Allah s.w.t bagi mengharapkan redhaNya, mengelak daripada fitnah syahwat dunia dan ketamakan dunia yang menghinakan, membezakan di dalam masyarakat kelazatan yang khas dengan hukum yang khas.

Demi Sesungguhnya penduduk Mesir amat benci kepada tabiat keluar berdagang, lari daripada berhijrah, lari daripada maut, takut kepada bebanan jihad, bukanlah bermalas-malas menjadi tabiatnya, sedang dia memiliki tabiat yang mulia. Bukan kerana kekurangan di dalam diri sedangkan dia memiliki keperibadian yang tinggi. Akan tetapi lantaran lemah cara-cara mentarbiah, salahfaham di dalam makna bimbingan dan arahan, tiada sasaran dan misi ke hadapan. Di tengah-tengah kadaan sedemikian muncul dakwah al-Ikhwan al-Muslimun bagi memarangi semuanya dengan pendidikan yang mantap, bimbingan dan arahan yang betul dan meletakkan sasaran yang jelas sehingga dapat menerangi masa depan lebih gemilang bagi jiwa yang sememangnya memiliki tabiatnya, potensinya yang diwarisi bersama-sama iman yang mendalam, maka lahirlah generasi yang hebat lagi mulia, rela menyusahkan dirinya, tidak kisah sekalipun terpaksa pergi sehingga penghujung dunia di atas jalan yang terpilih walaupun dengan tempoh singkat, dalam suasana yang tak menentu dan keadaan yang terdedah kepada kematian. Kematian adalah penawar, bagaikan ia mara kepada pengantin. Ia sanggup berkorban apa saja dari hartanya untuk jihad. Sesungguhnya telah terpapar ciri-ciri  ini dengan gambaran yang jelas di kalangan sukarelawan daripada al-Ikhwan al-Muslimin di Bumi Palestin. Mereka telah menunjukkan berbagai keajaiban. Mereka telah menunjukkan kehebatan, keberanian, kegemerlapan, kesucian, amanah dan akhlaq mulia. Mereka telah menjadi bukti yang amali keatas kejayaan jalan-jalan al-Ikhwan al-Muslimun di dalam melahirkan lelaki-lelaki pejuang dan membina generasi  yang akan memotong percakapan mereka yang anggkuh dan memilih jalan al-Mujahidin.

 


[1] Hasil peninggalan al-Mursyid Omar Telmisani

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »