Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2010

1.    Sunnah adalah gandingan bagi al-Quran:

Ini adalah kerana ia juga dinamakan wahyu sepertimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Najm:3-4 dan juga surah al-Syuraa ayat 52:

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى{3} إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى{4}سورة النجم

Maksudnya: [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. [4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.(Surah al-Najm)

 

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِن جَعَلْنَاهُ نُوراً نَّهْدِي بِهِ مَنْ نَّشَاء مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ{52}سورة الشورى

Maksudnya: [52] Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus. (Surah Syuraa)

Ini adalah kerana Allah s.w.t memerintah supaya mentaati rasulNya berasingan, demikian juga perintah mentaatiNya secara berasingan.

Ini adalah kerana rasulullah s.a.w telah menganggapkan sunnahnya juga seperti al-Quran ” bukankah kepadaku didatangkan al-Quran dan seumpamanya bersama-sama al-Quran”.

Ini adalah kerana beramal dengan al-Quran tidak terlaksana tanpa beramal dengan al-Sunnah, kerana sunnah adalah penjelasan kepada setiap yang ringkas di dalam al-Quran atau pengikat kepada sesuatu yang umum di dalam al-Quran atau pengkhususan kepada sesuatu yang am di dalam al-Quran.

2.    Menjadi kafir sesiapa yang mengengkari sunnah dan engkar untuk beramal dengannya:

Sesiapa yang menentang sunnah atau mengengkarinya adalah seperti ia menentang al-Quran dan juga mengengkari al-sunnah… akibatnya, ia  menjadi kafir.. kafir .. kafir yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi perselisihan mengenai “hujjiah hadis” iaitu menjadikan hadis sebagai hujjah syarak atau jenis-jenis hadis seperti hadis ahad di dalam bab aqidah adalah sesuatu yang lain. Sememangnya telah berlaku pada zaman salaf soleh lagi, tetapi mereka tidak mempertikaikan dan tidak pula berlaku tuduhmenuduh sesama mereka.

3.   Sunnah merangkumi kata-kata, perbuatan dan pengakuan Rasulullah s.a.w : kesemuanya bergantung kepada darjat kedudukan masing-masing yang menjadi perbahasan di kalangan ulama hadis.

4.    Hadis ahad digunapakai sekalipun di dalam bidang aqidah:

Telah ada kesepakatan di kalangan para imam bahawa hadis ahad tetap menjadi hujjah di dalam persoalan bukan aqidah. Namun dalam soal aqidah, sebahagian ulama telah meletakkan syarat-syaratnya.

5.    Perbuatan nabi s.a.w adalah sebagai Qadhi dan Imam: ia di gunapakai di dalam penurunan hukum berdasarkan apa yang berlaku.

Seperti perbuatan nabi menghukum wanita yang telah berkahwin secara sah ( muhson) kemudian ia melakukan berzina dengan hukuman rejam dengan anak-anak batu. Ia terus digunakan sebagai sebahagian daripada sunnah, kerana terdapat padanya hukum syarak.

Read Full Post »

Di dalam hadis yang mulia;

  1. “Umpama orang mukmin saperti batang padi/gandum yang lembut, boleh melentur apabila dia ditiup angin dan lurus semula saperti sediakala”
  2. “Umpama orang mukmin seperti tangkai padi/gandum ,ia  lurus pada suatu ketika dan boleh tunduk pada suatu ketika yang lain”  Maka mukmin  akan terdedah kepada bahaya dan ujian, wabak dan penyakit, dukacita dan kerumitan, semua ini boleh menghapuskan dosa-dosanya dan mengangkat darjatnya  sehingga keakhir hayatnya.
  3. Daripada Abdullah bin Umar,dia berkata: pada suatu ketika kami berada di sisi rasulullah s.a.w , lalu nabi bersabda: ” beritahu kepadaku sepohon pokok seumpama seorang lelaki muslim, yang tidak gugur daunnya dan memberi manusia makan dari masa ke masa. Lalu berbisiklah  Ibnu Umar di dalam hatinya, itulah pokok kurma. Semasa itu aku dapati Abu Bakar dan Omar tidak berkata apa-apa pun.  Maka dengan itu aku pun berkeberatan untuk bercakap dalam perkara itu. Lalu berkatalah Omar: Apa yang kamu kata itu adalah amat aku sukai!!.
  4. ” Perumpamaan seorang mukmin seperti sepohon pokok kurma: apa yang saja yang kamu ambil darinya akan memberi menafaat dan faedah kepada kamu”. At-thabarani.
  5. “Perumpamaan orang mukminin di dalam kasih-sayang, rahmah merahmati dan saling bersimpati seperti satu tubuhbadan, apabila satu anggota mengadu sakit maka seluruh anggota yang lain akan turut merasai dan turut berjaga malam dan demam”. Bukhari dan Muslim .  ” Orang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti suatu binaan, yang saling bergantung di antara satu sama lain”. Berkata kepada para ulamak: permisalan di atas menunjukkan betapa pentingnya sifat tolong menolong, bekerjasama dan bela membela sesama mereka. Semua ini merupakan perkara yang penting dan perlu diberi tumpuan. Maka sesuatu binaan tidak akan terbina , tanpa adanya sifat saling bekerjasama dan saling kuat menguat di antara mereka. Tanpa kerjasama dan bantu membantu maka binaan itu akan tumbang dan hancur. Begitu juga sesama mukmin, tidak boleh terasing dari saudaranya samaada dalam urusan dunia mauhu pun urusan berkaitan akhirat.

Read Full Post »

Kewujudan Allah:

1. Setiap apa yang ada dalam alam adalah menjadi saksi terhadap kewujudan Allah. Unsur kewujudan dan perkara tabei memperkukuhkan lagi bahawa bagi semua ini adanya pencipta  dan Pentadbir yang Maha Bijaksana. Kitab suci Al-quran banyak sekali membawa kita merenung dan menumpukan pemikiran kita kepada hakikat ini:

إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ{3} وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ{4} وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن رِّزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ{5}سورة الجاثية

 

Maksudnya: Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.(3) Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.(4) Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.(5) Surah al-Jasiah.

 

2. Pada diri manusia sendiri sudah tertanam pada sanubari mereka perasaan wujudnya Allah. Ia merupakan perasaan fitrah yang telah di tentukan oleh Allah. Para ulamak telah menamakan dengan keinginan kepada agama.

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ{30}سورة الروم

 

Maksudnya: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah al-Rum:30)

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ{172} أَوْ تَقُولُواْ إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ{173} وَكَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ وَلَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ{174}سورة الأعراف

Maksudnya: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.(172) Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?”(173) Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).(174) (Surah al-A’raff)

أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ{35} أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بَل لَّا يُوقِنُونَ{36}سورة الطور

Maksudnya: (Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35) Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) (Surah al-Thur)

Di dalam hadis sahih: ” Setiap anak dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang putih bersih

Perasaan dan jiwa sedemikian akan bangkit dan sedar ketika berlaku sesuatu  perkara yang menyakitkan dan ditimpa kemudaratan.

وَإِذَا مَسَّ الإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِداً أَوْ قَآئِماً فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ{12}سورة يونس

Maksudnya: Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan. (Surah Yunus:12)

 

3. Kewujudan Ilahi sebenarnya sudah terserlah di sebalik kejadian alam sejagat ini, pada tabiat, pada setiap perkara berlaku dan pada diri manusia itu sendiri. Dia adalah dekat kepada manusia, malah lebih dekat dari diri manusia itu sendiri, Dia sering mendengar doa manusia, menyahut seruan manusia dan melaksanakan hasrat keinginan manusia.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ{186}سورة البقرة

Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Surah al-Baqarah:176)

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ{16}سورة ق

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (surah Qaf:16)

Read Full Post »

Ibadat Yang Hilang

Manusia selalunya akan berusaha mencari sesuatu yang hilang, sekalipun ia berada di dasar lautan mereka akan menyelam, jika berada di dalam perut bumi sekalipun,  mereka akan menggalinya. Tiada ada tujuan yang lain, hanya untuk mencatat sebagai orang yang pertama atau orang yang menemui sesuatu yang berharga atau memperolehi keuntungan kebendaan yang sementara di dunia ini. Setiap manusia akan mencari apa yang dia inginkan dan apa yang menjadi matlamatnya. Bagi manusia yang menyelam kedasar laut sekalipun dalam,  akan memperolehi batu-batu mutiara, bagi yang menggali tanah pula sudah tentu akan memperolehi emas, perak dan lain sumber galian yang amat berharga. Maka sesungguhnya bagi para (du’aat) pendakwah kepada Allah s.w.t dan anggota-anggota gerakan Islam sudah tentulah mereka berusaha mencari ganjaran pahala dan apa sahaja yang boleh memberatkan timbangan amalan mereka nanti bagi kehidupan abadi nanti.

Olehitu catatan ini ingin mengali  (usul) iaitu perkara pokok yang mengikat hamba-hamba al-Rahman, pengikat tali keimanan dan yang menghimpun hati-hati muslimin di atas kebenaran. Perkara seumpama telah menimbulkan rasa cemburu kepada golongan yang mengikut hawanafsu dan pengikut setia syaitan.

Sesungguhnya ‘usul persaudaraan kerana Allah’ ialah kerana ia merupakan suatu ibadat yang besar, kedudukannya adalah sentiasa bersama-sama al-iman di dalam pembinaan Islami. Olehitu ia memberi suatu kekuatan, kecekalan dan nafas panjang bagi  anggotanya berperanan  di dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, ia mempunyai ikatan di antara mereka yang telah berlalu masa, kini dan akan datang. Lihatlah firman Allah Azzawajlla ini:

وَالَّذِينَ جَاؤُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ{10}سورة الحشر

 

Maksudnya: [10] Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu. )Surah al-Hars:10)

Ukhuwah adalah Ibadat

Bagi mereka yang membuka lembaran-lembaran Syariat tentu mereka akan mendapati bahawa Allah Azzawajalla telah menyebut mengenai ganjaranNya kepada mukminin yang melaksanakan ibadat kepadaNya. Maklumat itu bagi mengerakkan hamba-hambaNya bagi melaksananya dan bersegera menyelesaikan taklif ( tanggunjawab) tersebut.

Lihatlah kepada ibadat puasa “Sesungguhnya puasa untukKu dan Aku akan menganjarinya …” demikian juga ibadat haji ” Sesiapa menunaikan haji tanpa melakukan larangan dan tegahannya dan pulang seperti anak yang baru dilahirkan”. Demikian juga solat jumaat ” jumaat ke jumaat menjadi penghapus dosa di antara keduanya”. Begitu jugalah ibadat yang sedang kita membicaranya sekarang ” Ukhuwah” kami mendapatinya juga ganjaran yang besar juga disediakan Allah untuk hamba-hambaNya:

1.     Jalan bagi memperolehi naugan dan lindungan Allah s.w.t 

Di dalam hadis  Abu Hurairah r.d ” Tujuh golongan akan memperolehi naugan Allah s.w.t pada hari yang tiada naugan melainkan nauganNya sahaja” disebut di antaranya ialah dua lelaki yang berkasihsayang kerana Allah s.w.t,mereka bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t.

“ورجلان تحابا في الله اجتمعا على ذلك وتفرقا عليه”

2.     Jalan memperolehi iman dan memasuki syurga:

Di dalam hadis Muslim daripada Abu Hurairah r.d: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Demi diriku di tanganNya! Tidak akan masuk Syurga sehinggalah mereka beriman dan tidak beriman sehinggalah mereka berkasihsayang”.

“لا تدخلوا الجنة حتي تؤمنوا ، ولا تؤمنوا حتى تحابوا

3.     Jalan memperolehi darjat yang tinggi di akhirat

Daripada Abu Muslim al-Khaulaani, Muaz bin Jabal telah memberitahuku bahawa nabi telah bersabda: ” Allah telah berfirman: Orang yang berkasihsayang kerana kebesaranKu,bagi mereka adalah mimbar-mimbar daripada cahaya, dicemburui oleh para nabi-nabi dan para syuhada”. (Hadis Hasan)

4.     Harga untuk memperolehi kemanisan iman

Rasulullah telah bersabda: ” Tidak  akan mendapati seseorang kamu kemanisan iman, sehinggalah ia menyayangi saudaranya bukan kerana sesuatu melainkan kerana Allah Azzawajalla”. – Bukhari , Muslim dan Baihaqi.

Daripada Anas bin Malek: Nabi s.a.w bersabda: Tiga – sesiapa diantara kamu mendapatinya akan merasai makanan iman ( kemanisan iman); Sesiapa yang mengasihi seseorang – tidak mengasihinya melainkan kerana Allah Azzawajalla, sesiapa yang lebih mengasihi Allah dan RasulNya daripada lain-lain dan sesiapa yang lebih suka ia dicampak kedalam neraka daripada ia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatnya daripada api neraka”. (Sunan Ibnu Majah)

5.     Jalan memperolehi kasihsayang Allah s.w.t

Daripada Abu Hurairah, daripada nabi s.a.w : Bahawa sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di suatu kampung yang lain. Lalu Allah mengutuskan kepada malaikat bagi melihatnya! Setelah tiba kepadanya lalu malaikat bertanya: kemanakah kamu mahu pergi? Jawab lelaki itu: aku mahu menziarahi saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya lagi: adakah kamu mahu sesuatu faedah daripadanya? Jawab lelaki itu: tidak ada lain, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Azzawajalla. Berkata malaikat kepadanya: sesunngguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu, sesungguhnya Allah menyayangi kamu sepertimana kamu menyayangi saudara kamu kerana Allah” – Hadis Muslim.

Lihat ganjaran bagi mukmin yang berpuasa! Hadis daripada Abi Said al-Khudry r.d. bahawa Rasulullah telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah akan dijauhkan ia daripada api neraka selama tujuhpuluh musim”.  Semua itu adalah kerana kesabarannya menahan diri dari syahwat makan, minum dan lain-lain bagi sehari suntuk. Bagaimana pula bagi mereka yang bersabar dengan saudara mereka di dalam lapangan dakwah? Tetapi malangnya ada di antara mereka yang mengaku dirinya ikhwan yang mengatakan: Kami sudah tak sabar lagi dengan sikap sesama mereka! Maka timbullah berbagai tohmahan yang akan membawa kepada perpecahan. Lahirlah perasaan benci sesama mereka, malah kalau di perhatikan keadaan mereka seakan-akan parti politik yang masing-masing ada kepentingan yang mahu diraih.   Olehitu berhentilah daripada keadaan yang tidak membawa apa-apa kebaikan di dunia dan juga di akhirat!  

{وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطاً }الكهف28

Maksudnya: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. ( Surah al-Kahfi:28)

Read Full Post »

 

Amat tidak setuju

Bersetuju

Amat bersetuju

Soalan

Bil

 

 

 

 

Saya merasai roh ukhuwah berkurangan daripada sebelum ini.

1

 

 

 

 

Saya merasai hubungan ukhuwah di kalangan para duat telah menjadi sekadar hubungan pengurusan.

2

 

 

 

 

Saya sama-sama membantu ikhwah apabila mereka di dalam kesempitan.

3

 

 

 

 

Saya merasai sedikit kekeringan (gersang) di dalam berurusan sesama ikhwah.

4

 

 

 

 

Saya amat perihatin menziarahi pesakit dan memberi takziah ketika mereka ditimpa musibah. 

5

 

 

 

 

Saya sentiasa menghubungi mereka melalui talipon atau ziarah.

6

 

 

 

 

Saya bersegera membantu saudara saya apabila mereka memerlukan bantuan.

7

 

 

 

 

Saya amat mengerti makna ukhuwah dan tuntutannya kepada saya.

8

 

 

 

 

Saya selalu cuba mempraktiskan kewajipan ukhuwah di dalam kehidupan saya.

9

 

 

 

 

Saya amat sentiasa berdoa kepada saudara saya tanpa pengetahuan mereka (zahral ghaib).

10

 

 

 

 

Saya akan mencari apabila saudara saya,apabila ketiadaannya.

11

 

 

 

 

Saya selalu memberitahu ikhwah saya amat menyayangi mereka.

12

 

 

 

 

Saya amat mengenali ahli keluarganya.

13

 

 

 

 

 

 

Ingatlah bahawa: Ukhuwah adalah Ibadat

Sebab-sebab berkurangannya roh ukhuwah mengikut pemerhatian  saya: …………………………………….

Read Full Post »