Individu yang memiliki aqidah yang betul akan dapat mengetahui dan memahami nilai amal soleh di dalam kehidupan manusia di dunia dan juga di akhirat menerusi al-Quran Yang Mulia:
Sesungguhnya mereka yang beriman iaitu membenarkan Allah serta RasulNya dan beramal dengan amal-amal soleh, untuk mereka itu Allah sediakan Syurga yang Teringgi dan sebaik-baik tempat untuk mereka diami. Lihatlah ayat 107 surah al-Kahfi.[1]
Sesiapa yang membenarkan Allah serta RasulNya dan melakukan ketaatan kepada Allah, maka Allah akan memadamkan dosa-dosanya dan seterunya memasukkan ia kedalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ia kekal pula di dalamnya.kekalnya itu di anggao suatu kejayaan yang agung. Lihat ayat 9 surah al-Taghabun.[2]
Mereka yang membenarkan Allah serta RasulNya dan beramal soleh, maka bagi mereka kegembiraan, penyejuk mata, keberadaan yang baik dan tempat kembali yang baik iatu syurga Allah dan RedhaNya. Lihat ayat 29 surah al-Rad. [3]
[1] إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلاً{الكهف107}
[2] وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحاً يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ{9}التغابن
[3] الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ{29}الرعد