Majlis Eropah Bagi Fatwa dan Kajian
Keputusan Majlis:
Berakhir dengan harus menghimpunkan ( jamak ) di antara dua waktu solat di Eropah ketika musim panas, di mana berlaku kelewatan masuknya waktu solat isyak sehingga di pertenghan malam atau ketiadaan petanda masuknya waktu langsung. Bagi menolak kesusahan yang terangkat daripada ummah dengan nas ( dalil ) al-Quran. Demikan juga terdapat hadis nabi, daripada Ibnu Abbas di dalam Jamek Sohih Muslim: ” Sesungguhnya nabi s.a.w telah menghimpunkan (jamak) di antara solat zohor dengan asar, di antara solat magrib dengan isyak, tanpa dalam keadaan takut dan tanpa keadaan hujan. Ada yang bertanya kepada Ibnu Abbas: Apa yang rasulullah ingin tunjukkan? Lalu Ibnu Abbas menjawab: Rasulullah ingin tunjukkan supaya jangan memberatkan dan menyusahkan umatnya”. [1]
Demikian juga harus jamak di negeri berkenaan pada waktu musim sejuk, di antara waktu solat zohor dan solat asar lantaran terlalu singkatnya waktu siangnya dan mereka terpaksa menghadapi kesukaran bagi menunaikan setiap solat di dalam waktunya bagi pekerja-pekerja di sektor kerajaan dan swasta di sana. Keadaan ini di anggap kepayahan dan kesusahan iaitu Masyaqqaah dan haraj yang terangkat. Majlis juga memberi ingatan supaya bagi setiap muslim tidak melakukan jamak tanpa ada keperluan dan jangan sampai menjadikan suatu adat kebiasaan. (Sessi ketiga)
[1] Jame’ Sohih Muslim: kitab solat musafir dan solat qasar – bab jamak di antara dua waktu solat ketika waktu hadir ( tidak bermusafir) – 1/490-491 no: 705
