Sesiapa yang mengabdikan dirinya kepada hawanafsunya maka ia tidak akan merdeka dari penghambaan itu buat selama-lamanya, Permasalahan sesama kita berpunca daripada ketamakan kita – manusia: Permaslahan dan permusuhan yang paling banyak di kalangan manusia ialah hasil ciptaan hawa nafsu mereka dan ketamakan mereka sendiri. Olehitu waspada wahai muslimin dan muslimat !
Arkib bagi Kategori ‘Fikrah’
Hamba kepada hawanafsu
Dikirim dalam fikh dakwah, Fikrah, Tazkiah pada Januari 12, 2011 | Leave a Comment »
Bila ada yang mahu membakar al-Quran …
Dikirim dalam Fikrah pada September 22, 2010 | Leave a Comment »
Sesungguhnyanya mengoyak dan membakar keutuhan Ummah Islamiah adalah lebih seribu kali bahaya daripada mengoyak al-Quran, ingatlah bahawa membela al-Quran bukanlah sekadar menunjukan kemarahan menurut emosi semata-mata.. tetapi membelanya dengan menghidupkan isi kandungannya di dalam kehidupan kita, berbegang kuat dengannya, bersatu di atas, berjuang menentang kezaliman dan berjalan di atas Jalan Lurus yang menjadi seruan al-Quran. [...]
Batil lebih ramai pengikutnya
Dikirim dalam Fikrah pada Februari 25, 2010 | Leave a Comment »
Jangan lah kamu mengukur kebenaran dan kebatilan berdasarkan banyak atau sedikit bilangan pengikutnya atau pendukungnya, kerana di sepanjang sejarah manusia tidak ada yang terkecuali telah menunjukkan kepada kita bahawa kebatilan adalah lebih ramai pengikutnya. Bacalah firman Allah ini: {وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ [...]
Perkataan Islam berasal daripada perkataan al-Salam yang membawa maksud kedamaian, olehitu Islam dan Salam adalah berpunca daripada perkataan yang satu. Tidak dikatakan Islam melainkan ia menunduk hatinya, ruhnya dan pancainderanya kepada sistem yang benar dan baik. Sementara penyerahan seorang muslim kepada Pemilik dan Penguasa di dalam segala urusan samaada di dunia maupun di akhirat, [...]
Pendirian Al-Banna terhadap Kebangsaan
Dikirim dalam Fikrah pada Disember 29, 2009 | Leave a Comment »
Terdapat beberapa seruan dan mazhab pemikiran pada zaman al-Imam al-Banna, di antaranya seruan wataniah (kebangsaan), asobiah kaum arab dan lain-lain lagi yang menyebabkan berlakunya perpecahan hati, akal dan fikiran. Hasan al-Banna tidak membiarkan seruan-seruan ini dan persoalan pokok berlalu begitu sahaja, malah beliau telah memberi beberapa pendirian bagi menjelaskan fikrahnya dan menimbangnya mengikut neraca Islam [...]
Wahai al-ikhwan al-muslimun! Malah wahai manusia seluruhnya! Kita bukanlah parti politik, sekalipun politik yang berasakan kaedah-kaedah Islam merupakan tonggak kepada fikrah kita. Kita bukanlah persatuan kebajikan islahiah (pemulihan), sekalipun amal kebajikan dan islah adalah di antara tujuan (maqasid) agong kita. Kita bukanlah kelab kesukanan (riadah), sekalipun riadah tubuhbadan dan ruhiah juga di antara jalan-jalan terpenting [...]
Fikrah baru dan perasaan (emosi) baru
Dikirim dalam fikh dakwah, Fikrah pada Disember 17, 2009 | Leave a Comment »
Apakah sumbangan alIkhwan kepada Delta Nil, Negara-Negara Arab dan Dunia Islam? Fikrah baru dan perasaan (emosi) baru “Supaya kita dapat mendekati gambaran umum dan memahami lebih mendalam tahap kerugian yang teramat besar bagi negara dan umat Islam jika terganggu atau terhentinya aktiviti dakwah al-Ikhwan al-Muslimin, sekalipun pada pandangan umum ia hanya kerugian yang sedikit sahaja [...]
BULAN KEBAIKAN
Dikirim dalam Fikrah pada Ogos 22, 2009 | Leave a Comment »
Betapa indahnya Islam, betapa hebatnya ajarannya, betapa bahagianya umat seluruhnya yang menjadikan Islam sebagai pertunjuk, pembawa berita gembira dan pemberi amaran di dalam tata-cara hidup, akhlak dan perlembagaan hidup. Betapa bahagia manusia yang beriltizam atau komited dengan keperibadiaannya dan menceritakan adab-adab agama yang agong ini. Iltizam dan komited dengan Islam merangkumi aqidah, syariat dan ibadat. [...]
Al-Quran merupakan kitab pembimbing dan perundangan
Dikirim dalam Fikrah pada Julai 18, 2009 | Leave a Comment »
ingatlah bahawa bimbingan dan perundangan saling lengkap melengkapkan bagi memberikan gambaran betapa sempurnanya syariat (undang-undang) Allah s.w.t.
Wahyu adalah al-Kitab dan al-Sunnah
Dikirim dalam Fikrah pada Julai 10, 2009 | Leave a Comment »
الوحي هو الكتاب والسنة: Al-Kitab iaitu al-Quran adalah wahyu … semua itu tidak memerlukan kepada dalil lagi, cukuplah dengan apa yang kami kemuka sebelum ini. Al-Sunnah iaitu hadis-hadis nabi adalah wahyu … semua itu adalah dengan nas al-Quran: وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى{3} إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى{4} سورة النجم Maksudnya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu [...]