1. Daeiah Berjaya:Di dalam persaingan bersama-sama sahabatnya bagi menuju kepada Allah I. Jika sekiranya kamu berkemampuan supaya seseorang tidak boleh menyaingi kamu kepada Allah, maka lakukan lah!
أُوْلَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ{61}
Maksudnya: Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya. (Surah al-Mukminun:61)
2. Daeiah Berjaya: Apabila dia bersama orang yang lalai ia menetapkan dirinya dengan zikir. Apabila dia bersama orang yang berzikir pula, ia tidak membenarkan dirinya lalai. Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً{41}
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. ( Surah al-Ahzab:41)
3. Daeiah Berjaya: Dia sentiasa bersangkaan baik terhadap sahabatnya supaya tidak terbentang kepadanya perkara yang tidak benar kerana setiap anak adam ada kesilapan dan kesalahan.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. (Surah al-Hujurat:12)
4. Daeiah Berjaya: Dia bersemangat untuk berdakwah seperti semangatnya menjaga bayinya yang sakit. Dia tidak dapat melelapkan mata melainkan setelah memastikan bayinya dalam keadaan selamat di sisinya.
فَرَدَدْنَاهُ إِلَى أُمِّهِ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ وَلِتَعْلَمَ أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ{13}
Maksudnya: Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya). (Surah al-Qasas:13)
5. Daeiah Berjaya: Hendaklah ia menjadi seperti bumi yang memudahkan dan bumi yang tetap memikul samaada benda yang besar maupun benda yang kecil. Jadilah seperti awan di langit yang melindungi benda yang jauh dan juga benda yang dekat. Jadilah seperti hujan yang menurunkan air hujan kepada sesiapa yang dia suka dan kepada sesiapa yang dia tidak menyukainya.
6. Daeiah Berjaya: Dia tidak akan bertindak setelah adanya persetujuan di dalam sesuatu perkara. Ingatlah pada malam Perang Khandak, bagaimana Huzaifah bin al-Yamani enggan membunuh Abu Suffian.
7. Daeiah Berjaya: Dia amat mengetahui perkara yang salah tetap tidak akan menjadi betul sekalipun dia berniat baik.
8. Daeiah Berjaya: Dia mengetahui bahawasanya matlamat mestilah diterima oleh Syariah dan jalan untuk sampai kepada matlamat juga mestilah diterima oleh Syariah. Jadi matlamat tidak boleh menghalalkan kesemua jalan atau cara yang ada.
9. Daeiah Berjaya: Pada setiap kali dia melaksanakan sesuatu pekerjaan yang besar, ia berkata: Ya Allah! Sesungguhnya dosa-dosaku amat banyak dan amal pekerjaan ku amat sedikit, maka aku tidak bergantung melainkan kepada RahmatMu, wahai yang maha Pemurah dan Maha Penyayang.
10. Daeiah Berjaya: Dia akan menghubungkan dengan sesiapa yang memutuskan hubungan dengannya, memberi kepada sesiapa yang menghalang atau menahan diri dari memberi kepadanya, memaafkan kepada sesiapa yang menzaliminya dan berdoa untuk sahabat-sahabatnya tanpa pengetahuan mereka.
Tinggalkan Jawapan