Faedah Ibadat Haji bagi Hujjaj:
1. Mengingat kita kepada hari qiamat
2. Menanamkan pemahaman kesatuan ummah
3. Menghapuskan dosa betapa besar sekalipun dosanya dan pulang dengan lembaran catatan baru
4. Mengikut setiap perintah Allah tanpa persoalan setiap amalan haji – dengar dan taat.
5. Persamaan sesama muslim – konsep perbezaan hanya pada taqwa
6. Mengingatkan kita kepada peperangan sejak dulu dan berterusan dengan syaitan
7. Menanamkan erti pengorbanan yang sebenar
8. Melatih para hujaj untuk mengikiskan tabiat suka kepada kemewahan hidup
9. Ketenangan jiwa dan tidak suka berbalah
10. Peluang perniagaan –
Faedah haji kepada yang tidak melakukan ibadat haji di mana saja mereka berada:
Sepuluh hari semasa musim haji berfaedah kepada seluruh Umat Islam di mana sahaja mereka berada – lebih besar daripada Jihad fi sabillah ( untuk tahun 2010: mulai 1 Zulhijjah hingga 10 hb Zulhijjah bersamaan 8 -17 Nov)
1. Puasa sunat
2. Solat berjamaah di masjid bagi lelaki atau solat pada awal waktu bagi wanita – Solat subuh di Masjid –
3. Perbanyakkan solat sunat – Qiayamullail – solat qabliah dan ba’diah ( dibina rumah di Syurga) solat Dhuha – solat wudhuk
4. Zikrul Allah – tahlil – takbir – tahmid – istighfar –
5. Doa untuk kebaikan di dunia dan akhirat – hadis doa itu adalah ibadat – doa di pada hari haji tidak tolak oleh Allah s.w.t – saat paling dekat dengan Allah ialah ketika sujud
6. Membaca al-Quran – nikmat yang besar – satu huruf sepuluh pahala – mengkhatam quran pada 10 hari ini ( cadangan membaca 2 jam setiap hari )
7. Berusaha menyatukan umat Islam –– merasa kita umat yang satu – dikalangan rakyat di sebuah negara – di kalangan ahli sebuah kampung – di kalangan ahli sebuah surau atau masjid – dikalangan ahli keluarga sendiri
8. Bersedekah bagi mengharapkan redha Allah s.w.t – nafaqah untuk ibadat haji adalah seumpama infaq fisabillah ( 1 dirham= 700 dirham )
9. al-Taqassyuf : Seperti di dalam Ihram haji – tidak memotong rambut dan kuku –
10. Melakukan udhiah iaitu Qurban
Tinggalkan Jawapan